ga('require', 'GTM-WC37JCP'); From MyAja Cookies Instagram - MyAja Cookies - Set Doorgift Budget, Premium dan Eksklusif

From MyAja Cookies Instagram

by - Selasa, Ogos 07, 2018


Alhamdulillah, sudah 6 tahun MyAja Cookies ditubuhkan dan 2 tahun setengah secara penuh Aja fokus pada bisnes online doorgift. Tanpa jemu gigih Aja berusaha walaupun macam² dugaan datang dari pelbagai sudut bukan sahaja berhabis wang ringgit, masa dan tenaga. Aja bangkit menyahut cabaran suami, ya Aja memang bersungguh-sungguh dalam bidang ni. Siapa sangka, usahawati kecil macam Aja yang mengusahakan cookies homemade dari rumah telah terpilih sebagai pembekal Cookies Premium Cycle & Carriage Bintang Berhad seluruh Malaysia. FYI, Cycle & Carriage Bintang Berhad adalah pengedar sah kereta mewah Mercedes Benz terbesar di Malaysia. Ya Allah, alhamdulillah atas peluang yang diberi ini.Cookies Aja mendapat rating paling tinggi dalam carta undian pilihan Customer Cycle & Carriage. InsyaAllah akan kami kekalkan prestasi kualiti dan perkhidmatan kami ke arah lebih baik. Doakan urusan masuk kedai Aja juga dipermudahkan ya. Agak agak dalam masa terdekat ini akan adalah kedai official MyAja Cookies Enterprise. Xoxo, Cik Puan Aja 😘✌️ via Instagram https://www.instagram.com/p/BmK_FRsAt4I/

You May Also Like

0 ulasan