ga('require', 'GTM-WC37JCP'); Tentang MyAja Cookies - MyAja Cookies - Set Doorgift Budget, Premium dan Eksklusif

Tentang MyAja Cookies



Tahun ditubuhkan : 2011.


Nama Perniagaan : MyAja Cookies Enterprise.


No. Pendaftaran Perniagaan: 002330157-W

Kami komited dengan bahan yang bermutu tinggi akan menghasilkan produk yang sama mutunya. Kami yakin akan produk kami akan memberi kepuasan yang yang tak terhingga bermula daripada gigitan pertama.
Berasaskan bahan-bahan yang berkualiti kepuasan pelanggan adalah keutamaan bagi Myaja Cookies.

Aja, Pelopor MyAja Cookies pada awalnya bermula secara suka-suka membuat kuih-muih sempena Hari Raya Aidilfitri untuk keluarga, saudara mara dan sahabat handai. Hingga pada satu ketika beliau mula menjual biskut cip coklat kepada mereka yang ingin menikmati rasanya yang unik secara kecil-kecilan.

Setelah berkahwin pada tahun 2012, beliau mula menceburkan diri secara aktif untuk mencuba resepi baru serta memenuhi tempahan rakan-rakan, teman pejabat dan orang luar. Respon yang diterima amat menggalakkan lantas beliau mula berjinak-jinak dengan penjualan produk MyAja Cookies secara online melalui laman sosial Facebook (www.facebook.com/myajacookies) pada tahun 2013.

Sekali lagi, tempahan demi tempahan diterima ditambah dengan respon yang amat positif diterima daripada pelanggan seterusnya menyaksikan  pada 22 Mei 2014, beliau menubuhkan perniagaan sendiri iaitu MyAja Cookies Enterprise dibawah nombor pendaftaran 002330157-W.

Kini MyAja Cookies terus berusaha memberikan yang terbaik kepada pelanggan bermula dengan pemilihan bahan yang berkualiti tinggi dan bertaraf dunia  untuk disajikan kepada pelanggan yang semestinya mementingkan rasa yang enak dan bermutu tinggi.



Share
Tweet
Pin
Share